AMANAH Johor: Undi PAS sama macam undi BN


(Dikemaskini )

Laporan media semalam memetik pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin mengisytiharkan bertanding di 17 kerusi parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada plilihan raya umum ke-14 (PRU) nanti.

Dalam keadaan Umno-BN yang cukup lemah seperti hari ini, sepatutnya PAS bersama gelombang kebangkitan rakyat menjatuhkan Umno-BN, bukan menjadi blok ketiga untuk memecahkan barisan pembangkang.

Realitinya di Johor majoritinya kawasan campuran, bandar dan pinggir bandar. Masyarakat kaum Cina telah hilang langsung kepercayaan kepada PAS.

Masyarakat Melayu yang dahulunya menyokong PAS atas faktor Pakatan Rakyat juga menolak PAS.

Sebelum ini PAS menang di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor atas faktor Pakatan Rakyat.

PAS Johor tiada kekuatan secara bersendirian. Setakat ini, tiada faktor baru yang memberi kelebihan kepada PAS di Johor.

Maka kehadiran PAS dalam politik Johor hanya untuk memecahkan undi pembangkang seterusnya memberi kelebihan kepada BN sahaja.

Mengundi PAS adalah sama mengundi BN. Rakyat Johor yang realistik akan menolak PAS dalam PRU14.


SUHAIZAN KAYAT setiausaha organisasi Parti Amanah Negara (AMANAH) merangkap naib pengerusi AMANAH Johor.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Share