malaysiakini logo
story-image
ADS

Jingga13 yakin bahawa selagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkuasa, kes seumpama ini tidak akan diambil tindakan. 

Namun, Jingga13 berpendirian bahawa ianya tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Pada 31 Mei 2017 (Rabu) portal Sarawak Report dengan tajuk "Najib Paid Anwar's Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund why?"  telah menamakan Tan Sri Shafee Abdullah sebagai penerima dana daripada Najib.


Berkaitan: Nazri tepis dakwaan Shafee dibayar RM9.5j 

Portal: Buat apa bayar pendakwa kes Anwar?


Shafee merupakan orang yang sangat rapat dengan Najib dan telah dilantik sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan Fitnah II, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah menerima dua kali pembayaran. Pembayaran untuk apa? 

Dipercayai pada 11 September 2013 Najib Razak telah membayar kepada Shafee dan sekali lagi pada 17 Februari 2014.

Pada bulan Januari 2016, Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali secara tidak sengaja pada sidang media telah mengumumkan bahawa tiada salah laku telah dilakukan oleh 1MDB dan seterusnya menutup siasatan terhadap 1MDB.

Sehingga sekarang, tiada sebarang penafian atau sebarang reaksi daripada kedua-dua pihak (Najib Razak dan Shafee Abdullah) mengenai perkara ini.

Ini bermakna bahawa dokumen-dokumen lain mengenai kes-kes melibatkan Najib Razak dan dana 1MDB/SRC yang sebelum ini pernah dilaporkan wajar dibuka kembali dan SPRM harus membuat siasatan lanjut. 

Jingga13 mendesak supaya SPRM tidak terus berdiam diri dan SPRM perlu berdepan dengan rakyat jika tiada tindakan diambil ke atas Najib Razak walaupun maklumat-maklumat ini secara jelas menunjukkan ada asas yang cukup kukuh untuk membuka kembali siasatan ke atas Najib Razak.


Mikhael Iskhandar Abdullah, naib ketua koordinator Jingga13 Malaysia. 

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

 

Lihat Komen