Aplikasi jadikan Ramadan bulan produktif


(Dikemaskini )

Terdapat lebih 30 juta rakyat Malaysia yang kebanyakannya adalah muslim akan menyambut bulan paling mulia dalam kalendar Islam iaitu bulan Ramadan.

Pada bulan ini umat Islam disaran untuk melaksanakan sebanyak mungkin amalan baik dan mengurangkan perbuatan yang kurang baik untuk mencapai matlamat utama puasa iaitu taqwa kepada Allah.

Dengan kemudahan teknologi terkini Ibadah menjadi lebih mudah untuk disusun agar lebih teratur.
Aplikasi telefon pintar Ramadan Produktif adalah salah satu aplikasi untuk memudahkan umat Islam untuk "tracking" amalan daripada solat hinggalah amalan mulia yang lain dengan hanya mengetik di telefon pintar.

Ramai orang yang berpandangan bahawa bulan Ramadan agak meletihkan justeru tidak banyak kerja yang boleh dibuat. Anggapan salah inilah yang cuba dihakis dengan pembangunan aplikasi ini.

Umat Islam diharap dapat lebih meningkatkan produktiviti tidak kira sama ada di tempat kerja mahupun dalam amalan seharian apabila menggunakan aplikasi ini. Ini kerana aplikasi ini dapat menjadi alat untuk semak dan imbang semula amalan di bulan Ramadan.

Sehingga hari ini lebih 600 pengguna telah memuat turun aplikasi ini seluruh Malaysia dan beberapa negara jiran. Diharapkan lebih ramai pengguna dapat mencuba menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi Ramadan Produktif boleh dimuat turun secara PERCUMA di http://bit.ly/ramadanproduktif⁠⁠⁠⁠. Buat masa ini hanya untuk pengguna telefon pintar android sahaja.


MOHD FITRI IBRAHIM adalah pengurus Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP)

Share