Isu tikus di Pasaraya Aeon


(Dikemaskini )

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu penutupan bahagian grocery Pasaraya Aeon, One Utama, Petaling Jaya, Selangor kerana kehadiran tikus yang menjadi tular melalui media sosial.

Kementerian Kesihatan ingin mengesahkan bahawa bahagian grocery pasaraya tersebut telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac 2017 untuk tempoh empat belas hari kerana kehadiran tikus.

Walau bagaimanapun, premis tersebut boleh beroperasi semula Iebih awal sekiranya pemeriksaan semula kebersihan premis oleh KKM mencapai tahap memuaskan. KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan premis makanan secara rutin.

Dari tahun 2012 hingga 2016, KKM telah menjalankan 635,439 pemeriksaan premis makanan di seluruh negara.

Hasil pemeriksaan tersebut sebanyak 15,731 premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 termasuk kerana kehadiran tikus.

Di samping itu, sejak Julai 2013 hingga 2016 sebanyak 24,266 kompaun telah dikeluarkan terhadap pengusaha makanan yang gagal mematuhi keperluan kebersihan makanan.KKM akan meneruskan pemeriksaan premis makanan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan.

KKM memandang serius semua perkara berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.


DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


 

#}