malaysiakini logo
story-image
ADS

Pemuda AMANAH Nasional merafak sembah tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dinobatkan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Ini setelah seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menarik diri hari ini sebelum Kongres FAM yang dijadualkan berlangsung dua hari lagi.

Bagi kami, keputusan yang dibuat oleh Annuar itu adalah satu tindakan yang tepat selari dengan harapan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tempatan.

Ini kerana Ketua Penerangan Umno Malaysia itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Ini ditambah lagi keterlibatannya secara aktif di dalam politik yang memungkinkan adanya kepentingan tertentu sekiranya beliau mengetuai FAM.

Keputusan yang dilakukan ini pasti disambut baik oleh semua pihak sama dan segali gus menobatkan TMJ sebagai Presiden FAM menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pemuda AMANAH Nasional sangat yakin TMJ mampu memberi sinar baru buat sukan bola sepak negara.

Tuanku yang merupakan tokoh pemimpin muda telah terbukti kejayaannya membina skuad Johor Darul Takzim (JDT) sehingga di tahap yang cukup membanggakan.

Dalam Kongres FAM Sabtu ini, kami mengharapkan agar ahli gabungan yang layak mengundi memberikan sokongan kepada calon-calon yang berkaliber demi masa depan bola sepak negara!


MOHD SANY HAMZAN Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan organisasinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen