malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Mahkamah syariah masih dibebankan dengan birokrasi
ADS

Sisters in Islam (SIS) menyambut baik seruan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 November 2016, supaya pentadbir mahkamah syariah meningkatkan pengetahuan selaras dengan arus pemodenan dalam usaha menambah baik institusi kehakiman syariah Malaysia.

Sistem kehakiman syariah buat masa ini masih menghadapi cabaran dalam pelaksanaan undang-undang yang masih dibebankan birokrasi dan kelemahan pentadbiran.

Sebagai contoh, proses perceraian sahaja boleh mengambil masa bertahun-tahun dan memakan kos yang tinggi kerana setiap tuntutan perlu difailkan secara individu, seperti hak penjagaan anak, tuntutan mut’ah, tuntutan nafkah isteri dan tuntutan nafkah anak.

Cabaran-cabaran ini dengan secara tidak langsung memberi pengalaman yang negatif kepada wanita khususnya ketika menuntut hak-hak mereka dan hak anak-anak mereka daripada mahkamah syariah.

SIS ingin menyatakan kesediaan kami untuk bekerjasama dengan pihak mahkamah syariah untuk menambah baik sistem mahkamah syariah di Malaysia terutama sekali dalam membela hak wanita Muslim di bawah undang-undang keluarga Islam.

Matlamat bagi kerjasama ini adalah untuk meningkatkan keyakinan wanita Muslim serta rakyat Malaysia terhadap institusi kehakiman syariah di Malaysia sebagai institusi yang unggul dalam menegakkan hak dan keadilan dalam Islam.

Lihat Komen