malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Mahasiswa kecam dakwaan tatatertib UKM pada Asheeq Ali
ADS

Baru-baru ini saudara Asheeq Ali, mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga presiden Student Unity Front (SUF) merangkap setiausaha agung Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) dipanggil Hal Ehwal Pelajar (Hepa) UKM untuk perbicaraan tatatertib.

Ia berhubung dakwaan beliau menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di Dataran Merdeka pada 27 Ogos 2016.

UKM ialah universiti pertama yang mengambil tindakan untuk peserta perhimpunan tersebut.

Saya mengecam tindakan ini dengan sekeras-kerasnya. Hak berhimpun adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan.

UKM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi seharusnya mendukung tinggi prinsip Perlembagaan Malaysia dan bukannya bersubahat dengan kleptokrat Umno-BN untuk mengongkong dan memperbodoh mahasiswa.

Saya mendesak timbalan naib canselor Hepa menggugurkan dakwaan ke atas Asheeq Ali dengan segera.

Mahasiswa akan bersama Asheeq Ali untuk melawan kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku dan tarikh keramat 27 Ogos tersebut merupakan bukti suara MAHASISWA.

#Justice4Asheeq


CHONG KAR YAN setiausaha Student Unity Front (SUF) UKM.

Kenyataan ini disokong oleh: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, LENSA, University of Malaya Association of New Youth (UMANY, Mahasiswa AMANAH, Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (ANGKATAN), Student Progressif Front UUM, Mahasiswa Keadilan Malaysia MKM, Suara Mahasiswa UMS dan Ikatan Anak Muda Tawau.

Lihat Komen