malaysiakini logo
story-image
mk-logo
From Our Readers
Mudahkan perkahwinan untuk elak jenayah seksual
ADS

Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu seminar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan di Seremban, saya sempat berbicara dengan rakan pengurus tempat kerja saya yang berbangsa Cina. Beliau menceritakan mengenai kes rogol yang berleluasa sekarang.

Beliau memberitahu, ada satu rencana dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini di mana penulisnya berpendapat, bagi mengatasi masalah jenayah rogol yang berleluasa, lebih baik industri pelacuran diberi pengiktirafan sebagai sebuah industri yang sah di sisi undang-undang.

Lalu saya mengatakan bahawa cadangan tadi tidak akan menyelesaikan punca masalah yang sebenar. Pada pendapat saya, yang menjadi kes rogol ini semakin menjadi-jadi ialah masalah perkahwinan itu sendiri yang terlalu membebankan untuk muda-mudi.

Terlalu banyak persiapan yang perlu mereka lakukan, daripada hendak menguruskan hantarannya, menjemput para tetamunya, menyewa dewan ataupun khemahnya dan sebagainya. Bayangkan seorang yang bergaji kurang RM1,000 di tengah kota besar, tanpa bantuan ahli keluarga dan saudara mara, sudah pasti tidak mampu menyelesaikan masalah nafsu serakah mereka yang semakin meruap-ruap. Maka pada mereka jalan penyelesaian ialah rogol, termasuklah kes merogol teman wanita sendiri, berzina atau melanggani pelacur.

Menurut pengurus itu lagi, beliau ada terdengar ada sebuah persatuan Cina yang telah cuba membantu golongan muda-mudi yang ingin berkahwin, antara lain mensyaratkan bayaran 'ang pau' yang hanya RM10.

Membantu memudahkan pengurusan perkahwinan akan menyumbang kepada pengurangan kes jenayah seksual dan gejala sosial yang berkaitan dengan pergaulan bebas muda-mudi.

Malah dalam Islam sendiri, telah berulang kali disarankan apabila anak muda kita sudah sampai masanya untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan. Begitu juga dalam peperangan atau tugasan luar. Para suami haruslah bertugas tidak melebihi empat bulan di luar kawasan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika kita perhatikan pendatang asing dari negara Islam yang datang ke Malaysia ini jika tidak membawa bersama isteri mereka akan mudah terjebak dengan pelacuran atau berzina dengan anak gadis Melayu atau isteri orang.

Kaedah-keadah menangani kes jenayah seksual ini telah lama terdapat dalam Islam, dan ianya adalah sesuai untuk sepanjang masa dan untuk semua di Malaysia ini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.