malaysiakini logo
story-image
ADS

Kebelakangan ini, para penduduk Subang Jaya telah menyaksi tiga kemalangan di mana perkhidmatan ambulans telah lewat tiba di lokasi kemalangan.

Bagi kes kemalangan pertama, pihak ambulans lewat selama 45 minit, manakala bagi kes kemalangan kedua, ambulans lewat selama 30 minit.

Semalam, seorang warga emas berumur 93 tahun telah menunggu lebih daripada satu jam dalam keadaan separuh sedar.

Tiada ambulans yang tiba untuk membantunya, dan beliau telah dihantar ke hospital oleh pihak polis.

Mangsa terkini sekarang berada dalam keadaan yang amat kritikal.

Mangsa-mangsa kemalangan pertama dan kedua telah meninggal dunia akibat kecederaan mereka.

Subang Jaya merupakan kawasan perbandaran yang telah dirancang dengan baik dan mempunyai infrastruktur yang bagus.

Kelewatan perkhidmatan ambulans yang telah digambarkan ini tidak boleh diterima.

Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya, dan saya amat risau mengenai struktur organisasi perkhidmatan ambulans.

Pihak ambulans kini di bawah pihak kerajaan dan hospital swasta, dan perkhidmatan sukarela tidak menerima sokongan kewangan yang mencukupi.

Kami ingin mengesyorkan menteri kesihatan untuk menstrukturkan semula perkhidmatan ambulans untuk menjadi satu badan berkanun berasingan.

Sistem ini digunakan di Australia, Singapura, dan United Kingdom, dan telah terbukti merupakan sistem yang lebih efektif dan efisien.

Sehubungan itu, saya ingin meminta menteri kesihatan untuk serta merta meningkatkan sokongan kewangan perkhidmatan first responders , iaitu paramedik yang menunggang motosikal, dan meningkatkan sokongan kewangan untuk pihak sukarela dan NGO seperti St John’s Ambulance dan SJ Beacon, satu inisiatif perkhidmatan ambulans tempatan Subang Jaya.


WONG CHEN anggota parlimen PKR Kelana Jaya.

Lihat Komen