malaysiakini logo
story-image
ADS

Mahasiswa dan anak muda hairan memikirkan bagaimana menteri belia dan sukan boleh terlepas pandang kes ketirisan yang melibatkan nilai yang besar iaitu sebanyak RM100 juta, bukannya ketirisan yang melibatkan nilai RM10.

Persoalannya adakah cukup hanya dengan mengaku bahawa pegawai beliau terlibat dengan ketirisan RM100 juta, rakyat mampu menerima begitu saja?

Justeru, kami menuntut menteri belia dan sukan serta pegawai terbabit perlu bertangunggjawab atas kesalahan mereka sekurang-kurangnya memohon maaf kepada Rakyat, kerana khianat pada tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.


FAHMI ZAINOL anggota Majlis Pimpinan Pusat AMK merangkap ketua Biro Mahasiswa AMK.

Lihat Komen