malaysiakini logo
story-image
ADS

Pemuda PAS menyatakan sokongan terhadap langkah bagi memperkemaskan lagi institusi mahkamah syariah di negara ini.

Ini termasuklah berkait dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman syariah Islam dapat dilaksanakan.

Ia adalah pendekatan yang seharusnya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Kita perlu bergerak satu langkah ke hadapan bagi menangani pelbagai cabaran dan rintangan yang semakin dahsyat.

PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengambil jalan siasah sebagai medan perjuangannya dalam menegakkan ajaran Islam yang sempurna dan akan terus konsisten dengan agenda memastikan syariat Islam yang sarat dengan kebajikan dan keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia.

Pemuda PAS juga akan terus berusaha menyampaikan penerangan kepada masyarakat beragama Islam mahupun bukan supaya mereka dapat memahami bahawa syariat Islam menyelamatkan manusia daripada permasalahan kehidupan, tidak seperti yang disalah anggap sesetengah pihak.

Ini juga adalah berteraskan kepada budaya politik matang dan sejahtera, satu gagasan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat keseluruhannya terhadap kewibawaan Islam sebagai pemerintah.


NIK MOHAMAD ABDUH BIN ABDUL AZIZ ketua Pemuda PAS merangkap anggota parlimen Pasir Mas.

Lihat Komen