malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Surat
Pendidikan tinggi negara dianaktirikan kerajaan
ADS

ULASAN Sektor pendidikan sekali lagi telah dipandang sebelah mata selepas pemotongan belanjawan pendidikan tinggi sebanyak RM2.4 bilion, manakala dalam Belanjawan Negara 2016 Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memotong peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran sebanyak RM812 juta (atau 23 peratus berbanding 2015).

Kerajaan seharusnya meletakkan pendidikan anak muda pada tempat pertama dan utama.
Hujah yang kerap kali digunakan oleh pihak kerajaan untuk menghalalkan pemotongan adalah kerana krisis ekonomi yang sedang melanda. Hakikat yang membelenggu kerajaan bukanlah krisis ekonomi tetapi soalan 'wrong priority' dan juga kegagalan urus tadbir kewangan negara.

Jika benar bahawa krisis ekonomi sedang berlaku, bagaimana kerajaan boleh melaburkan sebanyak RM546 Juta kepada ESSCOM yang digunakan untuk pembinaan kompleks kediaman yang kononya untuk tujuan pertahanan negara.

Dalam pada masa yang sama kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 Billion kepada plan pembinaan loji nuklear sedangkan Malaysia mempunyai lebihan sumber tenaga elektrik sebanyak 40 peratus.

Kerajaan seharusnya menfokuskan kepada “renewable energy” bagi menjamin kelestarian alam sekitar sepertimana kini Malaysia merupakan pengeluar solar panel kedua terbesar di dunia, dan prospek pelaburan yang lebih baik kepada Malaysia.

Oleh itu, saya cukup keras membantah penggantungan Biasiswa JPA dan pemotongan belanjawan pendidikan tinggi 2015 kerana ia merupakan satu tanggungjawab negara dan juga pelaburan yang bijak.

Mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan. Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam bentuk cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi juga akan mendapat Mutiplier effect yang tinggi.

Prioriti Pelaburan Pendidikan Negara

Seperti ibu bapa yang melabur demi kecerahan masa hadapan anak-anak mereka, kerajaan juga wajib melabur dalam masa depan modal insan rakyat Malaysia.
Negara-negara maju seperti Denmark dan Norway melaburkan 7.8 peratus dan 6.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mereka untuk pendidikan, manakala Malaysia hanya membelanjakan peruntukan sebanyak 4.1 peratus.
Majoriti daripada peratusan itu dilaburkan untuk infrastruktur dan gaji!
Malah, bajet pendidikan telah dicantas daripada RM50 bilion kepada RM 37 bilion tahun ini. Bayangkan logikanya, jika Cuba (13.6 peratus) dan Timor Leste (16.8 peratus) sekali pun mampu membelanjakan lebih daripada Malaysia.

Kira-kira 80 peratus daripada isi rumah dalam kelompok 40 peratus pendapatan paling rendah di Malaysia hanya mempunyai kelulusan setinggi sijil SPM atau lebih rendah, manakala hanya 5 peratus yang menerima pendidikan peringkat tinggi.

Baki selebihnya langsung tidak pernah bersekolah. Hal ini berbeza dengan kelompok tertinggi pendapatan yang 65 peratus berpendidikan tinggi.

Jelaslah bahawa taraf pendidikan berkadar langsung dengan pendapatan. Peluang pendidikan tinggi yang sama rata dapat menegakkan keadilan sosial serta memberi peluang yang sama rata kepada semua terutamanya golongan miskin.

Seterusnya, apabila golongan ini diberi peluang pendidikan tinggi, sekurang-kurangnya negara akan mendapat pulangannya melalui cukai pendapatan.

Boleh sahaja saya berbahas isu penyelewangan dan isu rasuah secara mendalam, namun saya rasa tidak perlu dan tidak berminat untuk dibahas kerana ia sudah terlalu klise bagi pandangan rakyat Malaysia terhadap kerajaan yang ada.

Pesanan akhir saya ialah ini menunjukkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini GAGAL meletakkan prioriti pendidikan dan juga GAGAL untuk mengatasi isu ketirisan dan penyelewangan yang berterusan membelenggu kerajaan sepertimana yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara, Illicit Financial Report , OECD dan sebagainya.

"Kalau boleh melabur puluhan billion ringgit dalam 1MDB, puluhan billion ringgit kepada kapal selam yang tidak boleh menyelam, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia? . Apatah lagi Datuk Seri Najib Razak kononnya telah mendapat peruntukan khas atau derma dari Pak Syeikh Arab sebanyak RM 2.6 Billion ringgit."


Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda, Pengarah Biro Mahasiswa Pemuda Amanah Nasional.

Lihat Komen