malaysiakini logo
story-image
ADS

Seluruh rakyat perlu membantah penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Paling ketara, penubuhan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ini adalah suatu bentuk tindakan untuk mengatasi kuasa yang dipunyai oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menerusi MKN, kuasa diberikan kepada perdana menteri untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan adalah serupa dengan dengan kuasa Agong untuk mengisytiharkan kawasan darurat.

Perkara ini boleh difahami berdasarkan Seksyen 18-36 berkaitan kawasan keselamatan yang jelas sekali berbentuk pentadbiran darurat seperti yang dinyatakan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

MKN juga bakal mempunyai kuasa untuk mengawal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan Agong adalah merupakan pemerintah tertinggi ATM.

Namun peranan YDPA terhadap MKN atau kuasa baginda ke atas majlis tersebut langsung tidak dinyatakan.

Saya juga khuatir dengan kuasa yang terlalu besar diberikan kepada badan eksekutif khususnya kepada PM, ia bakal mencetuskan lebih banyak salah guna kuasa dan mengurangkan kuasa atau peranan badan kehakiman.

Seterusnya, saya khuat ia akan semakin menghakis konsep pengasingan kuasa di negara ini menyebabkan pentadbiran negara akan menjadi semakin tidak berkesan.


DATUK MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI MP ketua penerangan Dewan Ulama PAS dan juga MP Kuala Nerus.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen