Saya menulis di ruangan ini untuk untuk membetulkan satu isu yang agak hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Sejak penyiaran isu 'skinhead makan sampah' oleh NTV7, pelbagai lemparan ditujukan di kalangan 'skinhead'.
Antaranya yang percaya bahawa apa yang disiarkan oleh NTV7 adalah benar. Saya agak terkejut dengan apa yang disiarkan oleh NTV7 menerusi Edisi Siasat tempoh hari (walaupun saya tidak menonton sampai habis kerana terlalu marah).
Apa yang ingin saya betulkan di sini adalah skinhead bukanlah apa yang disiarkan oleh NTV7 itu. Secara logiknya, NTV7 tidak menyiarkan kisah benar mengenai masalah rakyat Malaysia. NTV7 sendiri banyak menyiarkan isu-isu merepek mengenai bomoh, mat motor dan macam-macam lagi isu tidak penting untuk sekadar menarik menambah jumlah penonton.
Di segi sejarahnya, skinhead merupakan satu kejutan budaya yang berlaku di England sekitar tahun 1968-1972. Ramai anak muda mula menjadi skinhead akibat penindasan politik pihak atasan. Asal usul skinhead adalah golongan 'kelas bekerja British' dan campuran budaya kulit hitam atau 'rudeboy'.
Budaya campuran tersebut mula tersebar ke seluruh England dan mendapat perhatian media. Golongan ini menamakan diri mereka sebagai skinhead. Mereka juga amat dikenali sebagai hero golongan bawahan. Mereka bekerja untuk mendapatkan makanan. Jadi, skinhead bekerja untuk diri mereka sendiri, dan bukannya makan sampah seperti yang disiarkan oleh NTV7.
Jadi, saya ingin membetulkan apa yang disiarkan oleh NTV7 menerusi Edisi Siasatnya. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah sekalipun makan sampah. Kawan-kawan skinhead saya juga tidak pernah makan sampah. Mereka bekerja untuk hidup dan mencari duit hasil titik peluh mereka sendiri.
NTV7 tidak patut menyiarkan isu yang menipu para penonton rangkaian TV tersebut. Apakah kebebasan media NTV7 hanya untuk memaparkan isu merepek seperti ini? Jadi, dengan apa yang saya tulis ini diharap dapat membetulkan apa yang tidak tak betul dan fitnah NTV7 terhadap skinhead. Ianya tak benar sama sekali.
Di sini aku ingin mencadangkan kepada NTV7 sepaya menyiarkan isu-isu sebenar, seperti isu rasuah, keganasan polis terhadap orang awam, isu ketidakadilan hakim, salahguna kuasa oleh pihak atasan dan macam-macam lagi perkara yang patut disiarkan.
