malaysiakini logo
story-image
mk-logo
From Our Readers
Isu Hudud: Kemuka kemusykilan ke lamanweb Harakah
ADS

Membaca surat Ahmad Zaki tidak membawa kelainan dengan surat-surat yang menghentam PAS dan dokumen negara Islam dalam malaysiakini.com. Penulis bukan Islam banyak yang keliru dan mengelirukan. Mengemukan pandangan di malaysiakini tidak banyak membantu.

Kenapa mereka tidak mengajukan kemusykilan terus ke lamanweb Harakahdaily.net yang menyediakan forum soal-jawab mengenai dokumen negara Islam? Manakala bagi penulis Islam, mereka lebih banyak beretorik. Mereka marah apabila dilabel sebagai tidak jujur dan tidak jelas, walhal perkara itu terserlah dalam tulisan mereka.

Begitu juga dengan Ahmad Zaki, apabila beliau menulis: "Tetapi dalam hal undang-undang Islam dan negara Islam ini, saya tidak bersetuju dengan PAS. Pada pandangan saya, berdasarkan reaksi masyarakat setakat ini, banyak mudarat yang telah disebabkan oleh pelancaran dokumen tersebut. Bukan sekadar mudarat kepada politik baru dan pergerakan politik alternatif, malah kepada perkembangan Islam sendiri".

Persoalanya: apa yang beliau tidak setuju dengan undang-undang Islam dan negara Islam? Apakah mudarat yang disebabkan oleh pelancaran dokumen tersebut? Apakah kesan kepada politik baru/alternatif dan kepada perkembangan Islam di Malaysia? Beliau tidak memperincikan perkara tersebut!

Sebelum merangka rang undang-undang Hudud dan Qisas, kerajaan Kelantan dan Terengganu telah menyediakan forum terbuka di seluruh negara. Malangnya, Umno dan sekutu-sekutunya, tidak pernah menghadiri forum tersebut, walaupun diundang secara rasmi. Kedua-dua kerajaan sudah telus dan bersedia menerima pandangan pelbagai pihak apabila menganjurkan forum tersebut.

Pihak yang mempertikaikan undang-undang Islam dan dokumen negara Islam juga sering mempersoalkan latarbelakang penggubalnya dan bukannya isi kandungan perkara tersebut. Sepatutnya, isi kandunganlah yang dinilai dan dibincangkan. Adakah saudara temui perkara yang bersalahan dengan ajaran Islam yang terdapat dalam undang-undang Hudud dan dokumen negara Islam tersebut?


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.