malaysiakini logo
story-image
mk-logo
From Our Readers
Hentikan amalan berkemban di khalayak ramai
ADS

Merujuk kepada surat yang bertajuk Saronged bodies not a problem until... (April 26), kita boleh menerima fenomena wanita Melayu berkemban sepertimana yang disebut oleh Umi Zain, sebagai satu hakikat.

Namun demikian, sukar dinafikan bahawa pendedahan bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita juga boleh membuat sebahagian lelaki (juga wanita) terfikir dan melakukan hal yang bukan-bukan.

Lantaran itu, dalam era masyarakat berinformasi kini, janganlah dimomok-momokkan wanita Melayu dan para muslimat yang menyedari tentang peraturan menutup aurat dan bertekad untuk mematuhinya.

Menutup aurat ialah peraturan Islam. Jika seseorang wanita Islam itu, sama ada dia Melayu atau bukan-Melayu, inginkan Islam keseluruhannya, maka amalan berkemban di khalayak ramai tidak sesuai terus-terusan diamalkan.

Islam mempunyai etika tingkahlaku, termasuklah dalam hal berpakaian yang menutup pintu-pintu yang mengarah ke arah kebinasaan.

Pada masa dahulu, wanita Melayu terpaksa membersihkan diri di tempat-tempat terdedah (sungai, perigi atau paip di kampung).

Kini negara telah pesat membangun dan air bersih dapat disalurkan ke kamar mandi setiap rumah. Lainlah kalau mandi itu tujuannya untuk suka-suka dan bertujuan menayang aurat.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.