malaysiakini logo
story-image
mk-logo
From Our Readers
Budaya dan adat politik yang akan membinasakan masyarakat
ADS

Rakyat ingin melihat terserlahnya ahli-ahli politik yang mengotakan kata; kehebatan mereka diukur daripada kejujuran dan kejernihan niat dan amal; dan meletakkan kepentingan perjuangan melebihi segala-galanya.

Kata-kata Ibrahim Ali dalam laporan berita, 'PAS using Keadilan to boost support: Umno leader' (Jan 14), amatlah diragui motifnya.

Paling minima, pengujaran beliau, berhasrat untuk menerbitkan syak wasangka di kalangan ahli dan para pemimpin Barisan Alternatif.

Setelah sekian lama medan politik Malaysia direntak oleh agenda yang menafikan dan meremehkan etika dan akhlak.

Rentak politik 'void of ethics' yang telah menjadi darah daging para pencebur dunia politik tentunya akan menghakis masa yang panjang untuk menghasilkan perubahan, lebih-lebih lagi arus yang menghalang dari kuasa status quo begitu menekan dan menjahanamkan. Tujuan para reformis dalam Keadilan adalah untuk merubah medan politik Malaysia kepada budaya politik 'heavily ladened with ethics'.

Amatlah mendesak, barisan para penegak kebenaran dan keadilan memenuhi syarat kemenangan dengan merapatkan saf dan saling percaya dan memberi kepercayaan.

Sikap membantu, memahami satu sama lain, adil dan tidak rakus menjadi tunjang kepada persahabatan yang akan melahirkan kemenangan. Bagi para pejuang kebenaran dan keadilan, pergantungan kepada kuasa Yang Maha Esa menjadi hiasan akhlak dan tindakan. Sebab itu, perjuangan Keadilan adalah jauh berbeza dari Semangat 46, atau serpihan-serpihan parti yang lain.

Kebersamaan dalam mencari keadilan yang hakiki, dan meletakkan kepentingan rakyat akan mengatasi segala kepentingan, kerana amanah yang diberi menghendaki syarat yang sedemikian.

Barisan penegak kebenaran dan keadilan saling ingat- memperingati - sesuatu yang tidak wujud dalam politik status quo BN. Bagi BA, kuasa yang diberi adalah alat untuk mencapai agenda kesejahteraan rakyat jelata bukan seperti BN yang menghadkan manafaat hanya kepada segelintir golongan yang sekutu dengan BN.

Pemerintahan Barisan Alternatif akan menjamin hak kesemua rakyat, termasuk ahli-ahli dan penyokong BN yang ketika ini mendiskriminasikan golongan yang tidak sealiran dengan mereka.

Sokongan untuk BA tidak pernah dan tidak akan diraih dengan paksaan, ugutan dan pemutarbelitan seperti yang dilaksanakan oleh BN. Matlamat perjuangan akan terus menghidupkan perjuangan. Jika Ibrahim Ali sedang mimpikan kematian Keadilan dan perpecahan BA, maka segeralah bangun, duhai Ibrahim Ali. Mungkin mimpi itu dipengaruh unsur negatif dari makhluk yang ghaib.

Lawan Tetap Lawan sampai menang atau gugur dalam perjuangan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.