malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Ummi Nazeera tarik diri dari MN, lepas Jamal keluar
Diterbitkan:  Dec 18, 2022 6:56 PM
Dikemaskini: 10:56 AM
ADS

Pelakon, Ummi Nazeera atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nurhidayah Zainul Abidin, 32, memutuskan menarik diri sebagai anggota Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Terdahulu, penyanyi yang dijuluki gelaran Raja Pop, Jamal Abdillah dilaporkan menarik diri daripada MN kerana menyifatkan dunia politik tidak sesuai dengan prinsip dirinya sebagai penghibur.

Dalam pada itu, Ummi Nazeera berkata keputusan itu dibuatnya selepas mengambil kira kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik.

Kata Ummi, dia mahu memberi seluruh fokus dalam bidang seni dan juga keluarga.

"Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

"Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi," katanya dalam satu hantaran di Instagramnya, hari ini.

Pada 15 Disember lalu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Rindu Kasih itu dilaporkan menyertai MN.

Bagaimanapun, tindakan Ummi itu mengundang pelbagai reaksi ramai pihak susulan tersenarai sebagai anggota Dewan Tertinggi MN.

Sebelum itu, Presiden MN Annuar Musa memaklumkan individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan NGO tersebut.

Selain Ummi dan Jamal, MN turut disertai oleh beberapa artis lain termasuk Eizlan Yusof.

Lihat Komen