malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
FFM32: Spilt Gravy gondol 7 trofi termasuk filem terbaik
ADS

Karya terperam 11 tahun arahan Zahim Albakri, Spilt Gravy (atau Ke Mana Tumpahnya Kuah) diangkat sebagai Filem Terbaik pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang baru melabuhkan tirainya sebentar tadi.

Kejayaan itu melayakkan produksi berkenaan memenangi Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 berserta trofi.

Filem tersebut menundukkan saingan sengit lain seperti Air Force The Movie: Selagi Bernyawa serta karya filem paling laris tanah air, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sebelum ini memungut kutipan hampir RM100 juta di pawagam.

Filem komedi gelap adaptasi drama pentas Spilt Gravy On Rice karya Allahyarham Jit Murad itu juga memenangi enam lagi trofi, iaitu bagi kategori Pengarah Harapan Terbaik (Zahim), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim), Penyunting Terbaik (Isazaly Isa, A. Samad Hassan) dan Lakon Layar Terbaik (Jit Murat/ Zahim), Penyunting Terbaik (Isazaly Isa, A. Samad Hassan), Rekaan Busana Terbaik (Rosasa Abd Hamid) dan Penataan Seni Terbaik (Penataan Seni Terbaik (Raja Malek, Wong Taysy).

Spilt Gravy sebelum ini pernah diklasifikasikan tidak sesuai untuk tayangan (TUT) umum oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) ekoran babak yang menampilkan situasi malaikat lalu dan beberapa lagi elemen lain,

Namun, selepas disunting akhirnya filem tersebut mendapat kelulusan LPF pada Mac 2020.

Naskhah itu memaparkan kisah keluarga kelas pertengahan atas berlatar belakangkan tahun 2011.

Menurut Zahim, kemenangan itu ibarat satu mimpi buat seluruh produksi yang menunggu sekian lama untuk karya tersebut ‘dinikmati’ ramai.

Rahim Razali

“Kami menunggu 11 tahun, macam bangkit daripada mimpi, emosi. Akhirnya saya fikir anugerah ini untuk semua penggiat dalam industri filem kami. Ini untuk semua termasuk kru,” katanya sewaktu memberi ucapan kemenangannya.

Sementara itu, filem yang memberi sengit kepada Split Gravy iaitu Small Town Heroes membawa pulang trofi Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik (Ryon Lee Eng Keong), Sinematografi Terbaik serta Pelakon Wanita Harapan (Layla Sania Khairuzikri).

Selain itu, Small Town Heroes turut membawa pulang trofi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Phua Chandler), Penataan Seni Terbaik (Raja Malek dan Wong Taysy), Poster Terbaik serta Skor Muzik Asal Terbaik (Tan Yen Hue, Tan Shie Hwa dan David Ngan Teck Wai).

Kekecewaan penerbit Mat Kilau, Kembara Studio Sdn. Bhd sedikit terubat dengan kemenangan dua pelakonnya iaitu Adi Putra dan Beto Kusyairy yang masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem,.

Filem berkenaan juga membawa pulang anugerah Filem Box Office dan Anugerah Khas Juri 2.

Trofi Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi Tan Chui Mui yang cemerlang dalam filem Barbarian Invasion.

Selain itu Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman diberikan kepada Sarimah Ahmad manakala Anugerah Khas Seniman menjadi milik Mat Sentul.

Diadakan di Encore Theatre di Melaka, FFM32 yang berlangsung penuh prestij menampilkan pengacara Awal Ashaari dan Sarimah Ibrahim.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha Milan Londoh dan Hazama.

Antara penyampai trofi termasuklah Maya Karin, Nam Ron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh dan Ashraf Muslim.

Berikut ini senarai 28 pemenang utama malam kemuncak FFM 32:

Filem Terbaik: Spilt Gravy (ZSA Productions Sdn Bhd/ Nuansa Sdn Bhd)

Pengarah Terbaik: Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

Pelakon Lelaki Terbaik: Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

Pelakon Wanita Terbaik: Tan Chui Mui (Barbarian Invasion)

Filem Pendek Terbaik - Can You Love Me Most? (Feisk Sdn Bhd)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)

Pelakon Lelaki Harapan: Jaa Suzuran (Autumn In Wales)

Pelakon Wanita Harapan: Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)

Pengarah Harapan: Zahim Albakri (Split Gravy)

Lakon Layar Terbaik: Jit Murat/ Zahim Albakri (Split Gravy)

Anugerah Cerita Asal Terbaik: Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

Pelakon Kanak Kanak Terbaik: Phua Chandler (Small Town Heroes)

Sinematografi Terbaik: Small Town Heroes

Penyunting Terbaik: Isazaly Isa, A. Samad Hassan (Split Gravy)

Anugerah Khas Filem Box Office - Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Poster Terbaik: Small Town Heroes (Tree Egg PLT)

Kesan Khas Visual Terbaik: Ma Chiau Ran, Tan Te Xuan, Pau Tun Kai (Air Force The Movie: ‘Selagi Bernyawa)

Tatarias terbaik: Malya Artwork (Rasuk)

Rekaan Busana Terbaik: Rosasa Abd Hamid (Split Gravy)

Skor Muzikal Asal Terbaik: Tan Yen Hue, Tan Shie Hwa, David Ngan Teck Wai (Small Town Heroes)

Penataan Seni Terbaik: Raja Malek, Wong Taysy (Split Gravy)

Penataan Bunyi Terbaik: Charlene Ong Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)

Lagu Tema Terbaik: Lim Yee Chung (Wira Hatiku - Filem Juang)

Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman - Sarimah Ahmad (Wang Tunai RM15,000, pakej umrah RM10,000, koleksi eksklusif Non-fungible tokens FFM32)

Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman - Mat Sentul (Wang Tunai RM15,000, pakej umrah RM10,000, koleksi eksklusif Non-fungible tokens FFM32)

Anugerah Khas Juri 1: Juang (Asia Tropical Films Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 2: Mat Kilau ‘Kebangkitan Pahlawan’ (Studio Kembara Sdn Bhd)

Anugerab Khas Juri 3: Air Force The Movie ‘Selagi Bernyawa’ (Multimedia Film Productions Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa - Ranah 3 Warna (Indonesia)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen