malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Anzalna, Elfira berkongsi tarikh lahir anak
Diterbitkan:  May 21, 2022 10:04 AM
Dikemaskini: 3:36 AM
ADS

Tanggal 20 Mei merupakan hari istimewa buat Anzalna Nasir dan Elfira Loy apabila kedua-dua pelakon itu selamat melahirkan anak kedua mereka semalam.

Anzalna melahirkan bayinya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Hanif atau nama penuhnya Muhamad Hanif Muhamad Zaki.

“Alhamdulillah syukur. Berkat hari Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini (malam tadi).

“Sepatutnya hari ini Anzalna (isteri) melakukan pemeriksaan terakhir (sebelum bersalin). Namun segala-galanya adalah rahsia Allah SWT,” katanya di Instagram.

Bagaimanapun, Hanif tidak memaklumkan jantina anak keduanya itu.

Perkongsian Hanif turut diiringi dengan imej Anzalna, 38, dan bayi mereka sewaktu dalam bilik pembedahan.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu terlebih dulu dikurniakan anak lelaki, Mohd Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

Terdahulu, pelakon, Elfira Loy pula selamat melahirkan bayi perempuannya pada jam 6.27 petang, semalam.

Elfira, 28, memuat naik berita gembira itu dengan imej dia sedang memeluk erat anak keduanya itu di samping suami, Faris Khairol Anuar.

“Saya ada banyak gambar yang menarik tapi ini yang paling saya suka. Subhanallah,” katanya juga di Instagram.

Pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu turut mengucapkan penghargaan buat Faris yang disifatkannya sebagai adiwira.

“Ayah adalah adiwira, menangis 'mommy' tengok ayah sambut awak sendiri sementara 'mommy 'push' (meneran) awak.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Satu pengalaman hebat,” katanya.

Hantaran Elfira itu menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan sahabatnya di platform media sosial itu.

Elfira dan Faris berkahwin pada 1 Januari 2019 dan perkahwinan mereka terlebih dulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada Oktober tahun sama.

Lihat Komen