malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Identiti Malaysia digabung dalam adaptasi karya Itali
ADS

Sentuhan pelukis tempatan Ali Nurazmal Yusoff yang menggabungkan unsur budaya dan identiti Malaysia dalam karya realisme yang diinspirasi karya seni Itali, pastinya menarik perhatian peminat seni lukis.

Pelukis kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau menerapkan elemen tempatan dalam karyanya yang diadaptasi daripada pelukis agung Itali seperti Caravaggio kerana ingin mengangkat budaya tempatan dalam karya seni antarabangsa.

“Dalam erti kata lain, saya ingin ‘meMalaysiakan’ karya seni Itali zaman Renaissance dengan memasukkan elemen dan identiti negara seperti bendera Malaysia dan karakter diri saya sendiri sebagai watak orang tempatan dalam lukisan.

“Selain memberi nafas baharu kepada hasil karya seni tempatan, elemen tempatan ini juga akan membuatkan orang yang melihat lukisan juga rasa lebih 'dekat' dengan karya ini,” katanya ketika ditemui Bernama di pameran Project ‘A’- Last Man Standing di Balai Seni Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Pameran yang berakhir 30 Julai ini dikuratorkan oleh pelukis Itali, Benedetta Segala dan memaparkan 18 hasil seni sentuhan Ali yang dihasilkan sejak 2009.

Ia turut memaparkan lukisan daripada tiga pelukis lain iaitu Haffadzi Che Rose, M. Shafarin Ghani dan Raja Lope Rasydi sebagai pelukis jemputan.

Ali berkata beliau turut menterjemahkan kritikan sosial berkaitan isu semasa termasuk politik menerusi lukisannya agar relevan dengan peredaran zaman.

Antara elemen segar yang dimasukkan termasuklah logo produk dan servis digital seperti YouTube serta karakter kartun masa kini.

- Bernama

Lihat Komen