malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Tunggu tindakan saya, Aliff Syukri beri amaran pada Ali Puteh
Diterbitkan:  Feb 20, 2020 10:05 AM
Dikemaskini: 3:24 AM
ADS

Jutawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa dia kebiasaannya akan menjaga sensitiviti seseorang yang bakal diwawancara dengan memaklumkan mereka mengenai soalan bakal diajukan terlebih dahulu.

Justeru, katanya, dia bingung mengapa Ali Puteh tiba-tiba melenting dengan tindakannya menemubual kakak ipar pelawak berkenaan, Norhidayah Mohd Ali.

“Saya tak faham. Saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dari jenama saya sebab saya lihat dia memerlukan. Selain itu bertanya khabar dan disambut baik oleh mereka.

“Semua soalan saya pula dah dipersetujui oleh mereka, bukan saya suka-suka tanya (harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang,” katanya di Instagram.

Terdahulu, Ali menghamburkan kata-kata hinaan kepada balu arwah abangnya, Abam di media sosial, susulan menonton rakaman klip video dihasilkan Aliff sewaktu berkunjung ke rumah keluarga Norhidayah.

Bagaimanapun, kenyataan itu sudah dipadamkan.

Ali kemudian memuat naik kenyataan mencabar Aliff untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu terbabit selain mendakwa usahawan itu orang kaya yang gemar mengambil kesempatan. 

“Tak kaya pun buat YouTube. Duit bayar minyak keta i jeee lepas. Memang saya bantu semua orang. Kalau nak bincang baik-baik, saya ok je. Tapi kenapa macam nak gaduh,” soalnya.

Aliff, 32, pada masa sama menggesa sebelum melontarkan sebarang kecaman, seseorang individu itu perlu menyiasat kebenaran terlebih dahulu.

“Sebelum kutuk tengok rakaman secara langsung dulu. Saya tak salahkan sesiapa malah tak mengutuk sesiapa pun. Cuba dengar.

“Saya ada 10 rakaman video lagi malah sebelum memuat naik minta persetujuan semua. Kami datang pun berjemput, jadi fikirkan.

“Aku tak kaya pun kerana duit YouTube, dah lama buat perniagaanlah. Tunggu tindakan saya,” katanya.

Lihat Komen