malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
6 peserta bersaing di pusingan akhir GV6 minggu depan
ADS

Enam peserta mara ke pusingan akhir pertandingan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang akan berlangsung di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Ahad depan.

Mereka adalah Sham Visa, Nurfatima, Jatt, Naqiu Boboy, Hady Mirza, dan One Nation Emcees.

Malam ini, di minggu sepuluh GV6, menyaksikan Wann, menyanyikan lagu berjudul Dua Insan nyanyian asal M Nasir (duet bersama Zarul Umbrella) dan Ku Gembira di Sampingmu nyanyian asal Khatijah Ibrahim.

Sementara iu, Noorshila Amin yang mendendangkan lagu berjudul Kerna Terpaksa nyanyian asal Francissca Peter dan Dialah Di Hati (nyanyian asal Siti Nurhaliza) duet bersama Ifa Raziah.

Kedua-dua mereka tersingkir selepas berada di kedudukan paling bawah masing masing memperoleh 57 dan 52 peratus.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala komposer dan penyanyi terkenal M Nasir selaku juri jemputan pada minggu ini.

Sementara itu, Hady Mirza, yang mempersembahkan lagu All My Life nyanyian asal K-Ci & Jojo dan Takdir Tercipta (Hafiz Suip dan Adira Suhaimi) duet bersama Dia Fadila diumumkan sebagai peserta pertama yang layak ke pusingan akhir GV6 sekaligus dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power.

Juara GV6 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi, naib juara (RM50,000) dan tempat ketiga (RM30,000).

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,00 beserta trofi.

Berikut adalah tugasan lagu yang dibawa oleh peserta di pusingan akhir GV6:

  1. Hady Mirza - Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  2. Naqiu Boboy - Srikandi Cintaku (Bloodshed)
  3. One Nation Emcees - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
  4. Nurfatima - Insan (Yantzen)
  5. Jatt - Without You (Harry Nilsson)
  6. Sham - Haruskah Diuji (Farish)
Lihat Komen