malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Eizlan Yusof naik pangkat, kini kolonel APM
Diterbitkan:  Dec 5, 2019 4:50 PM
Dikemaskini: 12:38 PM
ADS

Mungkin rezeki bakal pengantin, pelakon Eizlan Yusof dinaikkan pangkat daripada Lt kolonel bersekutu (PA) kepada kolonel, pagi tadi.

Majlis pemakaian pangkat pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam KPj (PA) Roslan Wahab, di ibu pejabat APM di Bangi.

Eizlan telah lama bergiat aktif bersama APM dan istimewanya dia yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 13 Disember depan akan tampil dengan persalinan pakaian seragam istiadat APM.

“Eizlan akan berarak masuk dengan acara silang pedang bersama para pegawai bersekutu APM diiringi dengan tiupan beg paip dan persembahan pancaragam APM,” menurut satu kenyataan.

Selain Eizlan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Ahmad Idham Nadrzi turut dinaikkan pangkat kepada kolonel dalam majlis sama.

Selain itu, APM turut menaikkan pangkat daripada leftenan kolonel bersekutu (PA) kepada kolonel bersekutu (PA) Fyzal Fauzy (Komander CDERT Ohhsem), Kolonel Bersekutu (PA) Banuri Aris, (Penasihat CDERT dari Yayasan Felda) dan Kolonel Bersekutu (PA) Lokman Hakim (GISB Holding).

Kenaikan pangkat berkenaan adalah susulan pembabitan dan jasa mereka dalam menaikkan imej Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam bidang masing-masing di kalangan masyarakat.

Lihat Komen