malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Agnez Mo undang kontroversi mengaku tiada darah Indonesia
Diterbitkan:  Nov 29, 2019 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM
ADS

Penyanyi dan pelakon yang kini menempa nama di Amerika Syarikat (AS) Agnes Monica, menggemparkan pengguna media sosial apabila mengaku bukan berdarah Indonesia.

Dia yang menggunakan nama pentas Agnez Mo berkata demikian ketika program bual bicara YouTube Build Series NYC by Yahoo! seperti dipetik CNBC Indonesia.

“Ya, kerana saya sebenarnya tak mempunyai darah Indonesia sama sekali. Saya sebenarnya campuran Jerman, Jepun dan China. Saya hanya lahir di Indonesia,” katanya.

Selain itu penyanyi Tak Ada Logika itu juga menyebut tentang perihal dirinya sebagai penganut Kristian di sebuah Indonesia yang merupakan negara Muslim terbesar di dunia.

“Saya tak kata, saya tak berasal dari sana kerana berasa diterima. Tapi saya berasa tak seperti yang lain,” katanya lagi.

Kata-kata Agnes, 33, mengundang respons pengguna media sosial dengan kebanyakannya merasakan dia melupakan asal-usul dan keturunan.

Pengguna akaun @permadiaktivis salah seorang yang menyuarakan pendapatnya berhubung artis berkenaan.

@agnesmo pergi antarabangsa sampai begini. Kenyataan kamu khianati saudara anda keturunan Tionghua yang setiap hari masih berjuang mahukan kesamarataan,” katanya.

Namun dalam bual bicara itu Agnes berkata dia sering cuba menonjolkan budaya Indonesia dalam karyanya, misalnya penggunaan batik serta tarian Jaipong.

Menjelaskan bual bicara itu di Instagram pula, Agnes berkata dia sentiasa memperjuangkan keterangkuman budaya.

"Bhinneka Tunggal Ika bererti Bhinneka Tunggal Ika (perpaduan dalam kepelbagaian). Senang ketika saya dapat berbagi sesuatu tentang asal saya di negara saya," katanya yang mengiringi hantaran itu dengan tanda pagar #Indonesiarepresents.

Lihat Komen