malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
PVTM ucap tahniah bayaran kandungan kreatif RTM dinaikkan
Diterbitkan:  Nov 28, 2019 9:02 PM
Dikemaskini: 1:02 PM
ADS

SURAT | Sejak penubuhan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) pada 2008, banyak isu yang diperjuangkan untuk kebaikan ahli dan untuk kebaikan serta kemajuan industri penerbitan tempatan.

Antara isu yang dibangkitkan dan diperjuangkan oleh PTVM adalah kadar bayaran, isu Harta Intelek (IP), pembiayaan produksi termasuk isu patuh syariah, bajet tahunan negara, kebajikan warga penerbitan, peranan Finas, pengeluaran lesen Finas yang tidak terkawal dan sebagainya.

Berbagai usaha dilakukan sejak dari dulu lagi dan tahun ini usaha ke arah penyelesaian isu-isu yang diperjuangkan lebih digiatkan lagi setelah Dr Mahathir Mohamad yang merupakan penaung kepada PTVM sejak penubuhan kembali menjadi perdana menteri.

PTVM bertemu Dr Mahathir pertama kalinya pada Feb 2019 dan disusuli pula dengan perjumpaan bersama beliau bersama empat orang menteri iaitu Menteri Komunikasi dan Multimedia (diwakili oleh KSU Dr Mohamad Ali), Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, Menteri Kemajuan Luar Bandar, Rina Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dr Mujahid Yusof.

Susulan pertemuan itu, pihak PTVM telah melakukan pelbagai tindakan susulan dengan mengadakan perbincangan di pelbagai peringkat termasuk bersama RTM, Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Eknomi.

Minggu ini PTVM mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha kementerian komunikasi, Suriani Ahmad berbincang hal-hal yang sama.

Terkini nampaknya ada perkembangan positif mengenai kadar bayaran RTM terhadap program kandungan kreatif swasta.

Minggu ini menteri komunikasi telah mencadangkan di parlimen supaya kadar bayaran oleh RTM untuk kandungan kreatif dinaikkan antara 20 hingga 50 peratus mengikut kategori yang kini hanya menunggu kelulusan dewan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memperjuangkan hal yang sama termasuk RTM sendiri dan persatuan-persatuan.


JUREY LATIFF ROSLI ialah presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PVTM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerimkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen