malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Rayuan ditolak, Farid Kamil dipenjara 9 bulan
Diterbitkan:  Nov 27, 2019 7:09 PM
Dikemaskini: 11:09 AM
ADS

Pelakon dan pengarah Farid Kamil, 38, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya untuk menangguhkan hukuman tersebut.

Farid yang juga suami kepada pelakon terkenal Diana Danielle, diperintah menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa 21 Nov lalu selepas disabitkan dengan kesalahan dadah pada 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman, dalam penghakimannya menolak rayuan tertuduh, sebaliknya mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu.

“Hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa sejak Khamis minggu lalu,” lapor Berita Harian.

Ketika prosiding rayuan itu berlangsung, difahamkan, pelakon telefilem Hilang Akal itu hadir berseorangan tanpa ditemani isteri dan ahli keluarga.

Pada Mei lalu, Farid dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham selepas disabitkan dengan kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), di Pejabat Narkotik Petaling, pada jam 4.30 petang, 11 Jan 2018.

Bagaimanapun, selepas 35 hari pelakon itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula 15 Mei lalu, Farid dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

Lihat Komen