malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Artis muda K-pop ditemui mati
Diterbitkan:  Oct 14, 2019 6:35 PM
Dikemaskini: 10:35 AM
ADS

Bekas anggota kumpulan f(x), Sulli, ditemui mati di rumahnya di Seongnam, selatan Seoul hari ini.

Media melaporkan mayat penyanyi berusia 25 tahun itu ditemui pengurusnya kira-kira jam 3.20 petang (waktu tempatan).

Pengurus terbabit, lapor The Korea Herald, pergi ke rumah Sulli selepas gagal menghububungi penyanyi terbabit melalui telefon sejak Ahad.

Di kediaman itu, lapor media, mayat Sulli - atau nama sebenarnya Choi Jin-ri - ditemui di tingkat dua rumahnya.

Pegawai penyiasat berkata, Sulli dipercayai tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan membunuh diri.

“Dipercayai dia menamatkan hidupnya sendiri, tapi kami akan siasat segala kemungkinan,” katanya seperti dilaporkan The Straits Times.

Sulli memulakan kerjaya sebagai anak seni pada 2005 sebagai pelakon kanak-kanak sebelum menyertai kumpulan K-pop f(x) pada 2009.

Enam tahun kemudian dia meninggalkan f(x) dan beralih kembali ke bidang lakonan.

Selepas hilang dari radar hiburan selama kira-kira tiga tahun, Sulli membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo pada Jun lalu melalui album Goblin.

Lihat Komen