malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Artis M'sia menang Bigg Boss India musim ke-3
Diterbitkan:  Oct 7, 2019 11:37 AM
Dikemaskini: 4:01 AM
ADS

Seorang penyanyi dan pelakon Malaysia Mugen Rao, menjuarai program ‘Bigg Boss’ musim ketiga siaran televisyen Tamil Nadu, India.

Seorang model yang kemudiannya menjadi pelakon, Mugen merupakan rakyat Malaysia pertama masuk pogram Bigg Boss yang musim ini bermula 23 Jun lepas, selepas dua musim terdahulu iaitu pada 2017 dan 2018 berlangsung dengan jayanya.

Beliau diumumkan sebagai juara program realiti itu selepas kekal dalam rumah Bigg Boss itu selama, 105 hari yang menjadi tumpuan di media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tahniah Mugen,” Stesen televisyen Vijay dalam hantaran tweetnya pada Ahad malam.

Peringkat akhir Bigg Boss telah disiarkan pada 6 Oktober di saluran Astro Vijay TV (Saluran 224).

Terdahulu, Mugen memenangi tiket emas, yang melayakkan beliau terus ke peringkat akhir selepas melalui minggu yang penuh dengan cabaran mental dan fizikal.

Album ‘single’ Mugen bertajuk ‘Kayalvizhi’ yang diterbitkan pada 2016, menjadi tular dalam Youtube dan menjadikan beliau popular dalam kalangan penonton digital.

Progam Bigg Boss yang dihoskan pelakon dan ahli politik Kamal Hassan, memaparkan peserta yang dipilih daripada filem, televisyen dan juga industri muzik.

Program tersebut berlangsung dalam sebuah rumah unik di mana, 16 peserta akan tinggal selama 105 hari, dengan setiap aktiviti dirakamkan 60 buah kamera.

Disepanjang 105 hari itu, orang ramai akan mengundi peserta pilihan mereka, dengan peserta yang mendapat undi paling rendah akan tersingkir.

Tempat kedua dimenangi koreografer Kollywood Santhosh Kumar atau Sandy, diikuti pembaca berita dari Sri Langka Losliya Mariyanesan, di tempat ketiga dan artis Kollywood Sherin Shrinagar di tempat keempat.

- Bernama

Lihat Komen