malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pengawal bersenjata iringi tayangan Joker
Diterbitkan:  Oct 4, 2019 12:37 PM
Dikemaskini: 6:42 AM
ADS

Acara tayangan filem Joker di Festival Filem New York dua hari lepas diiringi beberapa pengawal keselamatan yang lengkap bertopi keledar dan bersenjatakan senapang tempur (assault rifle).

Menurut laporan Reuters hari ini, pengawal keselamatan juga turut memeriksa beg penonton sebelum dibenarkan masuk ke Lincoln Center, tempat acara itu diadakan.

Ia berpunca daripada kebimbangan pihak berkuasa filem yang dinanti-nantikan itu mungkin mencetuskan keganasan, dengan pasukan polis di kota-kota utama Amerika Syarikat dalam keadaan berwaspada.

Menurut laporan itu, polis di New York, Los Angeles and Chicago telah mendapatkan anggota tambahan dan memantau pawagam, walaupun belum menerima apa-apa ancaman secara khusus.

Anggota polis berpakaian preman juga akan ditempatkan dalam sejumlah pawagam, kata laporan itu yang memetik portal Deadline.

Perkara itu bagaimanapun tidak dapat disahkan polis New York.

Pada 2012, watak komik terkenal itu dikaitkan dengan kejadian tembakan di pawagam di Colorado, ketika tayangan filem yang turut menampilkannya, iaitu The Dark Knight Rises.

Bagaimanapun penerbit Joker, Warner Bros minggu lalu berkata filem itu tidak menyokong sebarang tindakan keganasan ataupun menjadikan watak itu sebagai seorang wira.

Pengarahnya Todd Phillips pula menasihatkan orang ramai menonton filem itu terlebih dulu sebelum membuat penilaian.

"Sejujurnya saya tidak jangka tahap perbincangan (berkenaan filem itu) seperti ini.

"Saya rasa tak mengapa untuknya mencetuskan perbualan dan perbahasan. Filem ini ialah satu pernyataan dan bagus untuk bercakap tentangnya, tetapi ia akan lebih banyak membantu jika anda telah menontonnya," katanya seperti dipetik Variety.

Di sebalik kontroversi di sekitarnya, penganalisis menjangka Joker akan mengutip sekurang-kurangnya AS$80 juta di Amerika Utara untuk minggu pembukaannya, menurut laporan itu lagi.

Lihat Komen