malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak Nora nafi guna 'kabel' masuk Mentor Milenia
ADS

Mentor Milenia semalam mengumumkan 20 peserta yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara musim ketiga yang akan bermula Ahad ini.

Salah seorang peserta yang diumumkan itu ialah Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, iaitu anak penyanyi terkenal, Nora Ariffin, dan timbul cakap-cakap penyertaannya bukan sangat atas bakat nyanyian tetapi kerana pengaruh ibunya itu.

Alif bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata akan membuktikan bakatnya di pentas nanti.

"Bila saya diumumkan tercalon sebagai 20 peserta teratas, ramai yang cakap saya guna ibu sebagai kabel.

"Saya agak tertekan bila timbul dakwaan ini dan saya akan tunjukkan kemampuan saya nanti. Saya terima sahaja kritikan negatif yang dilemparkan dengan hati yang rela," katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman peserta Mentor Milenia di Petaling Jaya, semalam.

Dia juga berkata membuat keputusan untuk menyertai rancangan itu bagi meneruskan legasi ibunya.

Mentor Milenia musim ketiga bakal bersiaran pada pukul sembilan malam setiap Ahad di TV3.

Kali ini rancangan itu membariskan Akim Ahmad, Stacy Anam, Ernie Zakri, Black Hanifah dan Hazama sebagai mentor.

Sementara itu penerbit Aezul Reeza Ismail berkata musim kali ini tampil sedikit berbeza dengan protege perlu memilih sendiri mentor mereka.

“Berbeza dengan dulu apabila mereka datang untuk mentor yang dikehendaki saja.

“Kali ini mereka juga perlu buktikan bakat dan menunjukkan yang mereka layak untuk terima sekurang-kurangnya lima M iaitu persetujuan dari kelima-lima mentor," katanya lagi.

Lihat Komen