malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Farawahida dipilih masuk semula ke pertandingan nyanyian di Indonesia
ADS

Cabaran Farawahida di pertandingan Golden Memories Asia 2019 (Gomes) di Indonesia belum tamat.

Tuah menyebelahi dirinya apabila dipilih masuk semula selepas tersingkir dari pertandingan Ahad lalu.

“Saya rasa dia (Farawahida) memiliki mental yang bagus, suara yang berkarakter,’’ kata komentator, Soimah dari Indonesia.

Farawahida mendapat peluang itu selepas komentator acara itu memberikan “wildcard” (peluang beraksi kembali) kepadanya.

Daripada kesemua enam peserta yang tersingkir, penyanyi Brunei Sally B turut mendapat peluang kedua bersama Farawahida.

Sementara itu, Farawahida bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berentap di arena seni suara serantau itu

“Alhamdulillah, syukur, berkat doa semua yang sokong saya.

“Terima kasih semua juri-juri yang memilih saya untuk masuk semula di pentas Gomes,’’ katanya kepada Malaysiakini.

Di laman sosial Instagram, beberapa peminat menyatakan rasa syukur dan tahniah terhadap pemilihan semula Farawahida.

Fara dan tiga lagi wakil dari Malaysia iaitu Akma Abdullah, Shah Iran dan Mohd Azim masing-masing meneruskan perjuangan mereka bagi mendapatkan Drawing Top 20 di pertandingan itu.

Gomes merupakan pertandingan nyanyian yang disertai penyanyi dari enam buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Timor Leste, Brunei dan Indonesia.

Penyanyi Sheila Majid juga menjadi komentator jemputan dalam pertandingan itu.

Lihat Komen