Pengiklanan

    Lepas ditahan malam tadi, penyanyi direman 3 hari

    (Dikemaskini )

    Bekas vokalis kumpulan terkenal era 90-an direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kerana memiliki dadah.

    Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din berkata penyanyi lelaki berkenaan ditahan malam tadi bersama seorang lelaki lain di tepi Jalan Camar 1/3, Taman Perling, di sini, menerusi Op Pintu Khas yang dilancarkan anggota Balai Polis Taman Perling bermula 11.35 malam.

    “Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sesyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi satu kenyataan.

    Kamarudin berkata terdahulu, hasil semakan kad pengenalan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

    Beliau berkata hasil pemeriksaan fizikal terhadap vokalis terbabit, polis menemui sepaket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu.

    Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

    - Bernama

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih