Pengiklanan

    Siti ajak wanita berbasikal

    (Dikemaskini )
    Anne Muhammad  |  Seni & Hiburan

    Penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengajak golongan wanita untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal.

    Siti yang menjadi Ikon Selebriti Kayuhan Basikal berkata dia sendiri menjadikan Putrajaya sebagai lokasi untuk berbasikal.

    “Lihat sahaja dimana-mana, di lebuh raya termasuk di Putrajaya jadi lokasi berbasikal, saya tidak terkecuali berbasikal di Putrajaya kerana faktor keselamatan dan jalannya yang sesuai untuk atlet berbasikal.

    “Selain itu, suasana yang cantik dan pada waktu malam, jalannya cerah kerana banyak lampu serta kebersihan yang diterapkan menjadi faktor saya memilih Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya, hari ini.

    Sebelum itu dia menghadiri Majlis Perasmian Kayuhan Wanita 2019 Semarak Dasar Komuniti Negara di KPKT di Putrajaya, hari ini.

    Hadir sama ialah Menteri KPKT Zuraida Kamarudin dan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Wanita Putrajaya (Pewarna) Fara Hida Sahrom.

    Dalam pada itu, Siti menyeru semua pihak terutama golongan wanita untuk sama-sama menyertai Kayuhan Wanita 2019 yang akan diadakan pada 26 Oktober ini di Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya.

    “Wanita boleh balik ajak suami berbasikal sebab 26 Oktober nanti acara basikal jarak 20km untuk wanita dan 30km untuk lelaki. Boleh ajak suami dan isteri berkayuh demi erat kasih sayang,” katanya.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih