malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
BoboiBoy Movie 2 pecah rekod sendiri
Diterbitkan:  Aug 21, 2019 4:24 PM
â‹…
Dikemaskini: 8:24 AM
ADS

BoboiBoy Movie 2 memecahkan rekodnya sendiri apabila berjaya membuat kutipan RM21 juta hanya selepas 11 hari tayangan di Malaysia.

"Syukur #BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM21 juta selepas 11 hari tayangan di Malaysia! Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan," kata keterangan kiriman Instagram AstroShow.

Untuk rekod, BoboiBoy The Movie yang ditayangkan tiga tahun lalu mengambil masa sehingga 56 hari untuk mencapai kutipan sebanyak RM 15.8 juta.

BoboiBoy Movie 2 yang mula ditayangkan secara rasmi pada 8 Ogos lalu dengan kutipan hari pertama sebanyak RM1.18 juta dan berjaya menarik 88,824 penonton.

Filem animasi itu juga mencatat kutipan hari pertama tertinggi bagi filem animasi tempatan.

Kebanyakan penonton yang sudah menyaksikan filem berkenaan menyatakan rasa teruja dengan jalan cerita, aksi dan mesej yang cuba disampaikan.

Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal sebelum ini mencatat kutipan filem animasi tempatan tertinggi, iaitu sebanyak RM25 juta sepanjang tayangannya.

Dengan kutipan terkini serta tayangan BoboiBoy Movie 2 yang dijadualkan sehingga 4 September, filem animasi terbitan Animonsta Studio itu dijangka memecah rekod baru industri filem animasi tempatan.

Lihat Komen