malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Janna Nick akur kena tegur berpakaian tak wajar
ADS

Berjanji tidak sesekali akan mengulangi kekhilafannya, Janna Nick, berkata dia sedia memperbaiki cara berpakaian sekiranya dipanggil lagi memberi ceramah pada masa depan.

Menyedari kesilapan dilakukan, pelakon itu memohon maaf atas penampilannya yang tidak disenangi sesetengah pihak, dan pada masa sama mengambil positif setiap teguran yang diberikan kepadanya.

“Ini kesilapan kecil. Saya mengaku silap kerana tidak peka dalam pemilihan pakaian.

“Insya-Allah, selepas ni saya akan cuba perbaiki diri dan memilih pakaian bersesuaian untuk memenuhi mana-mana undangan ceramah,” katanya.

Janna ditemui pada majlis pengumuman teater terbaru lakonannya, Pawana Isabella, di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Naskhah arahan Erma Fatima dan Naque Ariffin itu turut membariskan pelakon terkenal seperti Syafiq Kyle, Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki dan Azar Azmi.

Ia akan mula dipentaskan di Istana Budaya bermula 21 0gos hingga 31 Ogos ini.

Ceramah kali pertama

Baru-baru ini Janna, 24, memuat naik rakaman klip video memaparkan dia bertindak selaku penceramah untuk program Succes At A Young Age anjuran sebuah syarikat penerbitan majalah fesyen dan gaya hidup.

Dia antaranya berkongsi pengalaman dilalui sewaktu bekerja pertama kali seawal usia 14 tahun.

Segelintir pihak berpendapat perkongsian Janna amat bermanfaat selain membakar semangat.

Namun, yang lebih menonjol pada sesetengah yang lain pada ketika itu adalah pakaian Janna yang - melekap hingga menampakkan jelas susuk tubuh - dilihat tidak bersesuaian untuk seorang penceramah motivasi.

Janna dan Syafiq Kyle

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, undangan seumpama itu merupakan yang julung kali dijayakannya.

Justeru, katanya, dia tidak menyangka akan berbuat sebarang kesilapan sewaktu memberi ceramah apatah lagi dalam hal pemilihan pakaian.

“Belum lagi pernah terima (undangan untuk ceramah) sebelum ni, jadi memang saya kurang pengalaman dalam bab pakaian ke acara sebegitu,” katanya.

Bagaimanapun, Janna sedikit pun tidak menyalahkan netizen yang mengkritik soal pemakaiannya.

"Saya tak bagi ceramah depan pelajar kolej. Apa pun saya tak salahkan mereka.

"Saya faham apabila kita nak menyampaikan ilmu pengetahuan depan khalayak harus mengenakan pemilihan pakaian yang sopan.

"Tanpa teguran seperti tu, saya tak akan tahu di mana silap," katanya.

Lihat Komen