malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Ayda Jebat lakar rekod di awan biru
Diterbitkan:  Aug 8, 2019 6:38 PM
Dikemaskini: 10:38 AM
ADS

Persembahan mini sulung Ayda Jebat yang diadakan di dalam pesawat udara hari ini diiktiraf sebagai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Tertinggi oleh Malaysia Book Of Records.

Ayda berkongsi kegembiraan itu dengan berkata, dia berbangga dengan pencapaian berkenaan kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada misi mencipta rekod tersebut.

“Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

"Maklumlah, menyanyi di dalam pesawat yang sedang terbang di awan biru," katanya dipetik K! Online hari ini.

Penyanyi Bagai Pelangi itu membuat persembahan tersebut sewaktu berada dalam pesawat AK5106 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Dia mengadakan persembahan pada ketinggian 38,000 kaki dari paras laut.

Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat itu menyampaikan tiga lagu iaitu Pencuri Hati, Xin Tai Ruan dan Temberang.

Persembahan Ayda turut disertai Shadow Puppet Theatre.

Persembahan mereka disaksikan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Ahmad Shah Tambakau. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Michael Tio.

Persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 yang dianjurkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Pada masa sama Ayda, 27, meluahkan rasa terharu kerana persembahannya itu dimeriahkan oleh penumpang tidak kira bangsa.

"Penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya yang kini turut bergelar pelakon.

Lihat Komen