malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Atiq tarik balik niat henti berlakon sebab peminat
ADS

Selepas membuat keputusan untuk berhenti dari dunia lakonan tiba-tiba aktor yang dikenali melalui drama siri Nur, Atiq Azman mengubah pendiriannya.

Katanya, dia membuat keputusan tersebut atas desakan peminat.

“Selepas Atiq umum untuk berhenti semalam di Instagram, terlalu ramai peminat yang meminta supaya fikir kembali keputusan itu.

“Salah saya juga sebenarnya kerana ikut hati dan sedar sebenarnya isu begini tidak boleh cakap terus ke media sosial,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Semalam, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 19 telah memuat naik satu kenyataan yang mengatakan dia ingin berhenti berlakon.

“Izinkan Atiq tarik diri dalam dunia lakonan, Atiq ada sedikit kerja lain.

“Jangan terkejut, ini bukan penghabisan hidup saya, teruskan saja. Banyak lagi benda kita boleh berjaya kan,” katanya menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, hantaran tersebut telah dipadam selepas sejam dimuat naik.

Pada hantaran yang telah dipadamkan itu, Atiq berkata, niatnya untuk berhenti bukan kerana tiada tawaran lakonan tetapi kerana ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan.

“Saya hendak berhenti bukan sebab tiada tawaran, tetapi sebab ada urusan penting yang harus diselesaikan.

“Lagi pula, saya hendak berhenti sebentar sahaja sehingga akhir tahun ini tetapi bila peminat minta untuk saya ubah keputusan. Jadi saya pun tak jadi lah,” katanya.

Lihat Komen