malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Juruanimasi versi asal The Lion King kecewa dengan adaptasi baru
Diterbitkan:  Aug 5, 2019 10:26 PM
Dikemaskini: 2:26 PM
ADS

David Stephan, yang merupakan juruanimasi filem klasik The Lion King versi yang disiarkan pada 1994 meluahkan kekesalan terhadap versi baru yang menggunakan live-action dalam naskhah terbaru filem keluaran Walt Disney itu.

“Jika anda bertanya pada kru versi asal The Lion King, kebanyakan mereka akan bertanya mengapa harus membuat versi live-action? Hal itu amat mengecewakan,” katanya dipetik Huffington Post.

Perkembangan itu hadir selepas 13 juruanimasi yang bertangunggjawab ke atas filem klasik tersebut berbincang berhubung imej janaan komputer (CGI), hasil adaptasi karya arahan John Favreu.

Untuk rekod, Stephan menyumbangkan khidmatnya melalui adegan Circle of Life, selain merekabentuk imej dubuk dalam versi asal filem itu.

Stephan juga merupakan seorang daripada tiga juruanimasi yang secara terbuka meluahkan pendapatnya berhubung perkara itu.

Namun, kebanyakan juruanimasi lain memilih sebaliknya dan tidak mahu berkomentar bahkan langsung tidak berminat untuk menonton karya adaptasi versi live-action tersebut.

“Sangat sedih apabila pemegang saham menentukan filem yang harus dibuat dan menyatakan depan muka anda mereka kini hanya ingin menghasilkan wang semata-mata.

“Itu menyedihkan kerana ia keluar dari mulut seorang seniman yang datang dari sebuah studio yang ditubuhkan atas sesuatu keaslian,” katanya.

Pada masa sama, Stephan juga mengkritik alih suara dilakukan oleh Donald Glover untuk watak Simba dan Beyonce untuk watak Nala bagi versi adaptasi The Lion King 2019 sebagai lemah dan kaku.

“Saya teringat filem zaman dulu ketika mereka mengalih suara dan mulut karakter bergerak. Saya fikir ini murahan. Seperti terlalu cepat,” katanya.

Juruanimasi lain yang tidak mahu disebut namanya turut menyatakan kru asal versi 2D The Lion King tidak menggemari versi 3D yang dihasilkan itu.

Selain Glover dan Beyonce, The Lion King 2019 juga dibarisi nama-nama seperti, Seth Rogen, James Earl Jones dan John Oliver.

Ia mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 19 Julai lalu.

Lihat Komen