malaysiakini logo
story-image
ADS

Gitaris kumpulan Kristal, Mohd Rodi Baharudin atau Rodi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ahli seumur hidup.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Bangi, Khidir Jamil kepada Malaysiakini.

"Bersatu Bahagian Bangi hari ini (semalam) secara rasminya telah menerima borang keahlian daripada gitaris anggota kumpulan muzik rock popular tanahair iaitu Mohd Rodi Baharudin atau lebih dikenali sebagai Rodi Kristal.

"Sebagai menunjukkan tanda keterbukaan semua pimpinan sayap Pemuda Bersatu menyambut baik serta mengalukan lebih ramai lagi penyertaan anak muda di dalam parti Bersatu ini terutama golongan remaja dan belia” katanya.

Rodi menyerahkan borang keahliannya dalam pertemuan dan bicara santai anak muda bersama kepimpinan Bersatu Bahagian Bangi, semalam.

Sebelum ini pelakon Ridzuan Hashim yang terkenal dengan watak King’ dalam filem KL Gangster menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Bersatu pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersatu Bahagian Shah Alam.

Ia disusuli dengan selebriti popular, Norman Abdul Halim atau Norman KRU awal Julai lalu.

Penyertaan itu dibuat selepas Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mempelawa ahli-ahli parti politik Melayu menyertai parti berkenaan bagi menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Lihat Komen