malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
LPF nafi Kadaram Kondan tak ditayang kerana tajuk
ADS

Lembaga Penapisan Filem (LPF) hari ini menafikan bahawa filem Tamil 'Kadaram Kondan' tidak diluluskan untuk tayangan di Malaysia kerana tajuk 'Kadaram Kondan' yang membawa maksud "penakluk negeri Kedah".

Pengerusinya Mohd Zamberi Abdul Aziz mengatakan bahawa filem tersebut tidak ditayangkan di Malaysia bukan kerana tajuk sebaliknya jalan cerita yang menjejaskan imej pasukan polis Malaysia.

"Tidak. Bukan kerana tajuk, tetapi jalan cerita filem didapati menjejaskan imej pasukan polis Malaysia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau turut menjelaskan bahawa filem 'Kadaram Kondan' lakonan aktor terkenal 'Chiyaan' Vikram bukan filem sejarah tetapi filem aksi.

"Kalau sekadar adegan sahaja, kita boleh potong yang memberi lulusan. Tapi, ini sepanjang jalan cerita menjejaskan imej polis Malaysia. Kalau kita potong banyak adegan dan memberi kelulusan tayangan, nanti orang tidak faham," tambah Zamberi lagi.

Semalam, pengedar Kadaram Kondan di Malaysia, Lotus Five Star membuat pengumuman rasmi melalui Fcaebook bahawa LPF tidak memberi kelulusan untuk tayangan.

Ekoran pengumuman pengedar filem itu, beberapa pihak mengecam tindakan LPF di media sosial sebagai satu usaha menyembunyikan sejarah Kedah.

Kadaram Kondan merupakan filem terbitan pelakon legenda India, Kamal Haasan turut dilakon dilakon oleh pelakon kelahiran Sarawak, Jasmine Kaar, juga bermain watak antagonis utama.

Kadaram Kondan yang penggambarannya 90 peratus dibuat di Malaysia, akan ditayangkan di pawagam di seluruh dunia pada 19 Julai.

Lihat Komen