malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sarimah Ibrahim selamat melahirkan cahaya mata pertama
Diterbitkan:  Jul 19, 2019 5:42 PM
Dikemaskini: 9:42 AM
ADS

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Sarimah Ibrahim selamat melahirkan cahaya mata sulung petang ini.

Sarimah memberitahu berita gembira itu melalui kemas kini Instagram Story selain berjanji untuk berkongsikan perkembangan seterusnya.

Sarimah, 41, mengiringi setiap perkataan dituliskan dengan tanda pagar.

“Alhamdulillah, lebih banyak perkembangan akan dikongsikan.

“Tunku X sudah tiba. Puteri selamat dilahirkan. Hadiah dari syurga,” tulisnya.

Sarimah mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47, pada 2016.

Sarimah turut memaklumkan, puteri sulungnya itu berkongsi tarikh lahir sama dengan moyang, Yang Dipertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tanggal 19 Julai.

“Masa sesuai. Pagi 19 Julai, Jumaat juga merupakan tarikh lahir Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

“Gembiranya suami. Alhamdulillah,” katanya.

Lihat Komen