malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Rindu Nabila rai Aidilfitri dengan bapa terubat
Diterbitkan:  Jun 21, 2019 2:26 PM
Dikemaskini: 6:26 AM
ADS

Kerinduan pelakon Nabila Huda untuk meraikan Aidilfitri bersama bapanya, Amy dilihat terubat selepas dia berkunjung ke rumah vokalis kumpulan Search itu di Denai Alam, Shah Alam semalam.

Pertemuan dua beranak itu dipercayai diatur rakan baik Amy, iaitu Erma Fatima.

“Alhamdulillah, hidup saya sudah sempurna sekarang,” katanya yang mengulang semula (repost) perkongsian Erma di akaun Instagram miliknya.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad turut mengundang suami Nabila, Mohd Izwan Johar untuk beraya di rumah penyanyi rock legenda tanah air itu.

Berkongsi keterujaannya, Nabila, turut meninggalkan komen di laman Instagram Erma, 51, dengan mengucapkan terima kasih kepada pengarah popular itu.

Love you mama (panggilan kepada Erma). Terima kasih sebab akhirnya hajat tercapai.

“Kira kan kamu hebat tau, hanya dengan satu panggilan, saya terus muncul… saya sangat gembira sekarang!” katanya.

 

Perselisihan faham antara Nabila, 34, dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Norish juga dilihat seperti sudah pulih apabila aktres itu berkunjung ke kediamannya.

Tahun lalu, Nabila meluah perasaan geram terhadap Norish yang didakwa menjadi punca hubungannya dengan bapanya renggang.

Pada ketika itu, pelakon filem Munafik itu berkata dia sudah tidak mampu mendiamkan diri kerana sudah tiga tahun tidak berkesempatan meraikan hari lebaran bersama bapanya.

Awal minggu ini, sekali lagi timbul kontroversi membabitkan Nabila dan Norish kerana ucapan Hari Bapa yang dimuat naik aktres itu di Instagram.

Norish kemudian membalas status berkenaan dengan menyatakan Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa.

Kenyataan itu mengundang marah Nabila yang menganggap ibu tirinya sering mencari punca untuk berbalah.

Lihat Komen