malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Henry Golding pertaruh bakat dalam bidang pengarahan
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 4:26 PM
Dikemaskini: 8:26 AM
ADS

Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, 32, kini mahu melebarkan sayap dalam bidang pengarahan pula.

Tambah pelakon filem Crazy Rich Asians itu, dia kini bekerjasama dengan sebuah firma dari China untuk menubuhkan syarikat produksi filem yang diberi nama Long House Productions.

Henry yang berasal dari Sarawak berkata, dia mahu menjadikan platform itu untuk tampil dengan karya berkisar pengalamannya menetap di pelbagai negara seluruh dunia.

“Saya sangat teruja untuk membawa cerita unik daripada pengalaman saya sepanjang menetap di Asia, London, Amerika Syarikat dan beberapa tempat lain di seluruh dunia dalam sebuah filem.

“Ini yang saya sedang usahakan,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Sementara itu, Henry juga berkata dia akan membuat penampilan pertamanya dalam filem bergenre aksi The Inheritance terbitan Long House Productions.

Filem berkenaan merupakan idea asal Henry bersama pengarah Alistar Hudson.

Dia juga akan membintangi serta menerbitkan filem aksi thriller berjudul Harrington’s Greatest Hits arahan James Strong dalam masa terdekat ini.

 

Lihat Komen