malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Mahkamah tangguh hukuman Farid Kamil
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 10:57 AM
Dikemaskini: 2:57 AM
ADS

Mahkamah hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sembilan bulan dikenakan ke atas aktor Farid Kamil Zahari atas tuduhan berkaitan dadah.

Hakim Ab Karim Ab Rahman membenarkan permohonan Farid, selaku pemohon dalam prosiding dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Farid ketika ditemui media berkata: “Insha-Allah, Allah SWT permudahkan.”

Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu sudah menjalani hukuman berkenaan di Penjara Kajang selama 34 hari sejak 15 Mei lalu.

Memetik Harian Metro, dalam keputusannya itu, Ab Karim turut memerintahkan suami aktres Diana Danielle itu membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Farid, 38, juga diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali.

Turut hadir, adik Farid, Fadzil yang bertindak selaku penjamin. 

Bagaimanapun, isterinya tidak kelihatan di galeri awam.

Selepas tamat prosiding itu, Farid dibawa keluar oleh polis mahkamah dan dia dilihat hanya tersenyum apabila pihak media menyoalnya.

Farid dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan menyalahgunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Mahkamah tidak membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Farid yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman diperintahkan bermula pada hari sama.

Lihat Komen