malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
3 lagu BTS bakal temani angkasawan ke bulan
Diterbitkan:  Jun 8, 2019 10:54 AM
Dikemaskini: 3:01 AM
ADS

Tiga lagu bintang K-pop BTS akan dimasukkan dalam senarai lagu agensi Angkasa Amerika yang merancang membuat perjalanan ke bulan dan melakukan pendaratan pada 2024.

Dalam ciapan Twitter disiarkan pada Selasa lalu, Pusat Angkasa Johnson dan Pentadbiran Angkasa (NASA) berkata tiga lagu BTS iaitu Moonchild, Mikrokosmos dan 13430 akan ditambah dalam senarai lagu yang akan dimainkan untuk perjalanan ke bulan.

"Wow, terdapat ramai peminat BTS dan RM. Terima kasih untuk penyerahan lagu. Kami akan menambah Moonchild, Mikrosoms & 134340 ke senarai lagu," ciap NASA sambil mengiringi kenyataan itu dengan imej pekerja mereka yang memakai sut angkasawan.

Mesej itu muncul sehari selepas pusat latihan NASA mengalu-alukan orang ramai mencadangkan lagu yang sesuai untuk temani perjalanan angkasawan ke bulan sempena meraikan ulang tahun ke-50 program Apollo.

"50 tahun lalu, NASA menyiapkan rancangan untuk mendaratkan manusia ke bulan.

"Sekarang kita sedang bersedia untuk kembali ke sana pada 2024," ciap NASA lagi.

 

Angkasawan Neil Armstrong fan Buzz Aldrin tiba ke bulan ketika membuat modul arahan dan perkhidmatan dan mencatat sejarah berjalan atas permukaan itu pada 20 Julai 1969 dalam misi Apollo.

Moonchild merupakan salah satu lagu terbaru dalam mixtape mono, yang ditulis RM iaitu Ketua dan rapper kumpulan BTS. Lagu yang diterbitkan pada Oktober 2018 itu menggambarkan tentang bulan.

Mikrokosmos merupakan trek terbaru dalam album BTS Map of the Soul: Persona manakala 134310 merupakan lagu dalam album Love Yourself: Tear yang diterbitkan tahun lalu.

13430 merupakan kod angka untuk planet kecil yang dulu disebut Pluto. Bagaimanapun International Astronomical Union mengklasifikasi Pluto sebagai planet kerdil pada 2006 dan merujuknya dengan kod.

Lihat Komen