malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Siti Sarah kesal suami dipanggil dayus
Diterbitkan:  Jun 2, 2019 1:29 PM
Dikemaskini: 5:29 AM
ADS

Penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Shuib Sepahtu dilabelkan dayus selepas meminta izin untuk membeli sebuah motosikal.

Pemilik nama penuh Siti Sarah Raisuddin berkata dia tidak mengendahkan komen warganet, malah dirinya berasa gembira kerana Shuib masih menghormati pendapat seorang isteri.

"Tak sangka pulak cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu yang besar.

"Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus terang dengan isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus,” katanya menerusi halaman instagram miliknya.

Tambah Sarah dia bersyukur kerana Shuib seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

"Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

“Sedangkan dia (Shuib) boleh beli motor tanpa bertanya pun pada saya," katanya.

Tambah penyanyi lagu Semakin itu, dia menjelaskan bahawa terdapat segelintir kaum suami lebih memilih untuk menipu isteri.

"Yang saya tak faham, lelaki ni menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka sekiranya kata-kata mereka menyakiti suamiku. Amin," katanya. 

 

Lihat Komen