malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Anak semakin pulih, Sharnaaz terharu doa orang ramai
Diterbitkan:  May 31, 2019 8:49 PM
Dikemaskini: 12:49 PM
ADS

Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan anaknya, Jebat Jayden yang berusia lapan bulan.

Dia memaklumkan kesihatan anaknya itu kian pulih.

"Kesihatan Jebat sembuh dengan kuasa Allah Yang Maha Esa. Saya dihujani oleh mesej rakan-rakan yang prihatin. Terharu sangat ramai orang sayangkan Jebat,” katanya menerusi Instagram miliknya.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu turut menyatakan rasa terharunya apabila ada yang mendoakan anaknya ketika di tanah suci Mekah.

juga berasa terharu akan usaha peminatnya yang mendoakan Jebat sehingga ke Mekah.

"Sampai ke Mekah orang mendoakan dia, terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia dan akhirat,” katanya.

Jebat dilaporkan mengalami UTI sejak beberapa bulan lalu.

Dia menjalani pendedahan minggu lalu tetapi Sharnaaz sebelum ini pernah memaklumkan keadaan anaknya itu belum pulih sepenuhnya.

28 Mei lalu pelakon Juvana itu menganjurkan sembahyang hajat di Masjid As-Syakirin KLCC di Kuala Lumpur bagi mendoakan kesembuhan anaknya.

Sementara itu, isterinya Noor Nabila Mohd Noor turut meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan orang ramai.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya. Alhamdulillah baby sudah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau,” katanya di Istagram.

Lihat Komen