malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Lisa berhasrat khatam Quran kali kedua dalam Ramadan
ADS

Berusaha menjadi muslimah yang lebih baik, pelakon Lisa Surihani berusaha merebut ganjaran sempena Ramadan dengan cuba mengkhatam al-Quran dalam tempoh 30 hari.

Lisa berkata, dia sedaya-upaya mengerjakan ibadah sebanyak mungkin walaupun menyedari terdapat kekurangan dalam bacaannya.

“Tak berani untuk saya kata ia sempurna, tapi saya cuba juga. Ini antara cara saya mendekatkan diri kepada agama,” katanya.

Lisa ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Rocketfuel Entertainment di kompleks beli-belah di Kuala Lumpur kelmarin.

Amalan isteri pengarah, pelakon dan penyanyi Yusry Abdul Halim itu sebenarnya bukan pertama kali dilakukan.

Ia bermula sejak tahun lalu selepas dia mengetahui pahala yang dijanjikan tuhan atas amalan yang dibuat.

“Alhamdulillah, tahun lepas saya berjaya khatam al-Quran pada Ramadan, jadi saya niat nak buat yang sama tahun ni," katanya.

Justeru, kata Lisa, dia sanggup tidak menerima mana-mana tawaran asalkan dapat menyempurnakan niatnya itu sepanjang Ramadan.

"Saya tidak terbabit aktiviti seni supaya dapat habiskan baca kitab suci selain beramal ibadat dengan solat sunat tarawih sepanjang bulan mulia ni,” katanya.

Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada 23 Februari 2012. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Lihat Komen