malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Seni & Hiburan
Sharnaaz anjur solat hajat untuk kesihatan anak
Diterbitkan:  May 28, 2019 6:53 PM
Dikemaskini: May 31, 2019 12:41 PM
ADS

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganjurkan sembahyang hajat di Masjid As-Syakirin KLCC di Kuala Lumpur malam ini.

Ia bagi mendoakan kesihatan anaknya, Jebat Jayden, yang baru saja menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI) pada Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz berkata ia akan diadakan selepas sembahyang tarawih, iaitu kira-kira pukul 10 malam, dan menjemput orang ramai untuk turut sama menunaikannya.

“Sesiapa yang berkelapangan dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid Asy-Syakirin KLCC malam ini, selepas solat tarawih kira-kira pukul 10.

“Dijemput solat tarawih bersama kemudian disusuli dengan solat hajat. Sama-sama membantu di bulan mulia ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon Juvana itu berkata keadaan anaknya semakin positif tetapi belum pulih sepenuhnya.

"Sudah selesai jalani operation tetapi tak recover dengan baik. Tetapi syukur hari demi hari nampak perubahan positif," katanya lagi.

Jebat yang berusia lapan bulan dilaporkan mengalami UTI sejak beberapa bulan lalu.

Jebat ialah anak sulung hasil perkahwinan Sharnaaz dengan isteri, Noor Nabila Mohd. Noor, 34, yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

 

Lihat Komen